Friday 20 January 2017

Filled Under:

Punca Utama Kekalahan JDT Keatas Kedah Bagi Piala Sumbangsih Semalam..

Punca Utama Kekalahan JDT Keatas Kedah Bagi Piala Sumbangsih Semalam..

SAYA PERCAYA MUSIM INI AKAN MENJADI SATU LAGI MUSIM HEBAT DAN MENARIK BUAT KELAB BOLASEPAK JDT
Kami cukup berbangga dengan usaha pemain dan barisan kejurulatihan dalam perlawanan malam ini. Dengan pelbagai perkara berlaku dalam satu minggu dan bermain dalam sebahagian besar permainan dengan hanya sepuluh orang, hakikatnya ialah kami telah memulakan musim ini dengan cara yang sama seperti tahun sebelum ini dengan mendapat keputusan seri 1-1 yang menunjukkan kami mempunyai saingan yang kuat dan memiliki karakter yang hebat.
Penyokong kami benar-benar menakjubkan dan sekali lagi telah membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik di negara ini dengan memberikan atmosfera yang amat menarik dari segi sokongan. Kami mengucapkan tahniah kepada Kedah kerana memenangi penentuan sepakan penalti, seperti kami bernasib baik kerana memenangi sepakan penalti ke atas Selangor pada tahun lepas.
Terdapat beberapa tanda-tanda besar malam ini bahawa musim ini akan menjadi satu lagi tahun yang menarik untuk Kelab Bolasepak JDT.
Alistair Edwards, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim

KAMI PERLU LEBIH BEKERJA KERAS UNTUK PERLAWANAN SETERUSNYA. HARI DEMI HARI. PERLAWANAN DEMI PERLAWANAN.
Hari ini adalah permulaan kitaran baru di JDT, sepertimana setiap permulaan baru sentiasa memerlukan masa, namun JDT tidak mempunyai banyak masa untuk membuat perubahan yang kami mahukan untuk menjadi sebuah pasukan yang lebih baik kerana kami adalah juara dan para pemain telah ditanamkan dengan mentaliti juara. JDT sedang dipertingkatkan dari segi corak permainan, dengan elemen permainan JDT dalam kebanyakan masa memerlukan penyesuaian yang cepat antara saya dan pemain atau sebaliknya, keupayaan menyesuaikan diri antara pemain muda tempatan baru dan pemain senior serta keserasian antara pemain luar negara baru yang berkualiti.
Kami akan sampai ke arah itu tidak lama lagi, hari ini agak sedih buat kami kerana tidak dapat memenangi Piala Sumbangsih buat kali ketiga. Pasukan saya berjuang seperti harimau, bermain selama 50 minit dengan 10 pemain di atas padang menentang satu pasukan yang bagus. Kami berjaya menamatkan lebih 90 minit permainan dengan kesudahannya seri 1-1 dan mengutip satu mata untuk Liga Super. Malangnya penentuan melalui penalti kadang-kala tidak diduga dan kami tidak bernasib baik untuk memenanginya.
Kami akan bekerja keras siang dan malam untuk menjadikan Johor berbangga dengan JDT kerana ia telah lama terjadi dari dulu lagi. Hari demi hari. Permainan demi permainan.
Benjamin Mora, Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim




0 comments:

Post a Comment