Tuesday 1 November 2016

Filled Under:

Cara Lajukan Wifi Unifi Dengan Mudah

Cara Lajukan Wifi Unifi Dengan Mudah

Part aku paling menyampah, bila mana tengah syok-syok layan internet tiba-tiba line disconnected. Nak kata line tak okay disebabkan hujan, Unifi bukan ada masalah dengan hujan. Nak kata aku tak bayar bil pulak, bil selalu je bayar on time. 

Jadi apa masalahnya?

Hmm.. kalau ikutkan firasat, ini mesti kes DNS Unifi buat hal lagi. Sepertimana ramai yang telah sedia maklum, DNS Unifi ni bukan nya stabil sangat. Bila tiba waktu puncak, bila ramai pengguna online serentak.. terus je internet sangkut-sangkut. Congested katanya.. Adeh.. Macam highway plus jugak la. Musim raya je penuh sesak. Bayar mahal, tapi in the end.. pengguna juga yang terpaksa menanggung akibatnya.. Eh, ada kena mengena ke? Hehehe.

Okayla.. okayla. Malas nak cerita banyak, nanti melalut ke benda lain pulak.. So, dengan ini aku nak kongsikan tutorial simple kepada korang bagaimana untuk menukar default DNS Unifi kepada Google Public DNS.K

Kenapa nak tukar kepada Google Public DNS ? Alrite. First sebabnya, DNS Unifi tak bagus. Yang kedua, Google Public DNS ini laju dan ianya lebih stabil. Korang nak internet korang okay kan? Haa.. ikut tutorial ni. Jangan cakap banyak.
Tukar DNS Unifi - Router RG-Innatech RG4332

 Untuk makluman, tutorial ni untuk pengguna yang menggunakan Router RG-Innatech RG4332 SAHAJA (iaitu router jenis baru, tahun 2014 ke atas). Untuk router lain, mungkin settingnya agak sedikit berbeza.
Cara tukar DNS Unifi kepada Google Public DNS

Buka browser, taip 192.168.0.1 di address bar dan tekan Enter

Di login page, sila login dengan menggunakan username & password seperti berikut:

Username: operator

Password: h566UniFi
Kemudian, pergi ke bahagian Setup
Lihat di sebelah kiri, klik pada WAN. Wan Configuration.
Selepas itu, korang akan dapat melihat Protocol PPPoE di barisan pertama jadual. Di column Action, tekan butang Edit.

Skrol kebawah sehingga korang dapat melihat perkataan DNS. Domain Name Server Assignment. Tukarkan mode asal daripada Auto ke Manual.

Setkan DNS seperti berikut:

Domain Name Server (Primary) IP : 8.8.8.8
Domain Name Server (Secondary ) IP : 8.8.4.4

Skrol kebawah lagi sehingga sampai dipenghujung dan klik Apply.
Tadaa.. Siap! Kerja mudah, tak keluar peluh. Tak perlu bersusah payah call Customer service. Semuanya dihujung jari. Dan akhir sekali korang boleh lah cuba buka mana-mana website yang korang suka. Kalau boleh masuk tu maknanya setting yang korang buat tu berjaya. Kalau tak boleh, mungkin ada 1-2 step yang korang salah ikut.

p/s: Yeaa.. dah boleh sambung kerja dengan senang hati.




0 comments:

Post a Comment